Gudang Noisy ini adalah sebagai tempat berkongsi kemahiran, ilmu dan ide. Antara aktiviti yang bakal dijalankan di Gudang Noisy ialah menjadikan gudang ini sebagai bengkel basikal koperatif, bengkel seni dan kraftangan, bengkel bercucuk tanam, tempat masak untuk aturcara Free Food, pusat untuk aktivisme radikal di Kuala Lumpur, mengpromosikan DIY dan kesukarelawan (volunteerism) serta menyediakan perpustakaan mini tanpa bersangkutpaut dengan badan-badan koperat dan parti politik dalam usaha menjadikan Gudang Noisy ini autonomi dan bebas.